Program Pecutan Akhir anjuran Quizly.my bertujuan memberi galakan dan semangat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Menerusi program ini, akaun Quizly.my diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar dari sekolah masing-masing. Pihak sekolah bolehlah mendaftar pelajar tersebut kepada pakej ini.
Semoga dengan sumbangan ini, pelajar-pelajar dapat membuat latihan Quiz secara online dan meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang akan datang.
Satu emel telah dihantar kepada setiap sekolah mengenai program ini. (Sekiranya tiada, sila hubungi kami menerusi Helpdesk)
Pengetua / Guru Besar perlu melantik seorang Guru / Kakitangan sekolah sebagai School Admin di dalam Quizly.my.
Emel tersebut mengandungi PIN Nombor untuk digunakan pendaftaran School Admin.
Pelajar tersebut mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Quizly.my.
Setiap pelajar mestilah mendaftar terlebih dahulu dengan Quizly.my (pendaftaran adalah percuma).
Pelajar mestilah memilih sekolah yang betul di dalam profil pengguna.
Setiap sekolah mestilah mempunyai sekurang kurangya 50 pelajar yang berdaftar untuk menyertai program ini.