PROGRAM KASIH RAMADHAN

Pengenalan Program

Program Kasih Ramadhan anjuran Quizly.my bertujuan memberi sumbangan dan bantuan kepada pelajar-pelajar kurang bernasib baik di seluruh negara.

Menerusi program ini, setiap sekolah ditawarkan 20 akaun Quizly.my untuk diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar yang layak dari sekolah masing-masing. Pihak sekolah boleh memilih pelajar tersebut dan pakej mana yang ingin diberi.

Semoga dengan sumbangan ini, pelajar-pelajar tersebut dapat membuat latihan Quiz secara online dan meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.

Panduan Pendaftaran School Admin

  • Sekiranya School Admin pernah berdaftar untuk Program Kasih Yatim, pendaftaran semula adalah tidak perlu

  • Satu emel telah dihantar kepada setiap sekolah mengenai program ini. (Sekiranya tiada, sila hubungi kami menerusi Helpdesk)

  • Pengetua / Guru Besar perlu melantik seorang Guru / Kakitangan sekolah sebagai School Admin di dalam Quizly.my.

  • Emel tersebut mengandungi PIN Nombor untuk digunakan pendaftaran School Admin.

  • School Admin diberi amanah untuk memilih pelajar-pelajar tersebut. Pelajar tersebut mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Quizly.my.

Pendaftaran Pelajar

  • Setiap pelajar mestilah mendaftar terlebih dahulu dengan Quizly.my (pendaftaran adalah percuma).

  • Pelajar mestilah memilih sekolah yang betul di dalam profil pengguna.

  • Sekiranya bilangan pelajar tidak mencukupi, School Admin boleh memilih mana-mana pelajar dari lain-lain darjah / tingkatan. Tidak semestinya daripada darjah 6 atau tingkatan 5 sahaja.

  • Pihak Quizly menyerahkan kepada School Admin untuk memilih pelajar yang lebih layak. Terima kasih.

Tarikh Tutup ialah pada 16 Jun 2018. Selepas daripada tarikh ini, tiada lagi pelajar boleh diberi program ini.


Register as School Admin (Teachers Only) Download Panduan School Admin (PDF 0.5 MB)