PROGRAM KASIH YATIM

Pengenalan Program

Program Kasih Yatim anjuran Quizly.my bertujuan memberi sumbangan dan bantuan kepada anak-anak yatim seluruh negara.

Menerusi program ini, setiap sekolah ditawarkan 10 akaun Quizly.my untuk diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar yatim dari sekolah masing-masing. Pihak sekolah boleh memilih pelajar tersebut dan pakej mana yang ingin diberi.

Semoga dengan sumbangan ini, pelajar-pelajar tersebut dapat membuat latihan Quiz secara online dan meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.

Panduan Pendaftaran School Admin

  • Satu emel telah dihantar kepada setiap sekolah mengenai program ini. (Sekiranya tiada, sila hubungi kami menerusi Helpdesk)

  • Pengetua / Guru Besar perlu melantik seorang Guru / Kakitangan sekolah sebagai School Admin di dalam Quizly.my.

  • Emel tersebut mengandungi PIN Nombor untuk digunakan pendaftaran School Admin.

  • School Admin diberi amanah untuk memilih pelajar-pelajar Yatim tersebut. Pelajar tersebut mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Quizly.my.

Pendaftaran Pelajar Yatim

  • Setiap pelajar mestilah mendaftar terlebih dahulu dengan Quizly.my (pendaftaran adalah percuma).

  • Pelajar mestilah memilih sekolah yang betul di dalam profil pengguna.

  • Sekiranya bilangan pelajar yatim tidak mencukupi, School Admin boleh memilih mana-mana pelajar yatim dari lain-lain darjah / tingkatan. Tidak semestinya daripada darjah 6 atau tingkatan 5 sahaja.

  • Sekiranya masih belum mencukupi juga, bolehlah dipilih pelajar miskin / ibu bapa bercerai yang lebih memerlukan. Pihak Quizly menyerahkan kepada School Admin untuk memilih pelajar yang lebih layak. Terima kasih.

Due to popular requests, the program is now extended until 30 April 2018. The deadline is for School Admin to register students.


Register as School Admin (Teachers Only) Download Panduan School Admin (PDF 0.5 MB)